Thursday 16 February 2012

Lama Gileeeeeeerrr...tak update

Salam..

Rindu!!!!! rindu serindu nyer....
Hehehe tu intro je...tak de apa2 kaitan pun dengan hidup aku sebenarnya..
Rasa nyer dah lama giler sy aka tuan punyer blog tak update status.
bukan apa..just tak apa benda yg hendak dikongsi..
warna-warni hidup aku still sama je
Cuma rasa kuat untuk hadapi semua takdir hidup semakin menebal dihati...

Alhamdulillah...syukur sangat kerana setiap yg terjadi membuat aku semakin
tabah menjalani kehidupan ni. Yakin pada yang Maha Esa membuatkan aku boleh tersenyum dan berterima kasih di atas segala ujian yang Allah ditakdirkan untuk aku. I love Allah (cinta yg paling tinggi dlm hati aku).

Hari-hari yang dilalui bertambah gembira dengan adanya keluarga tersayang, sahabat handai disisi, membuatkan hari aku tak pernah kenal erti sunyi.Bagi aku tahun ni bukan lagi tahun air mata untuk aku...air mata ni hanya untuk Allah.Kerana aku teramat yakin Allah maha mendengar dan mengerti setiap perasaan hamba nyer..Setiap janji Allah adalah pasti.

p/s: setiap yang berlaku ada sebab nyer dan terlalu banyak rahsia Allah yang tersembunyi padanya. Sama-sama kita mencari setiap rahsia itu. teramat manis dan indah bila kita menjumpai nyer...(saya dah rasa semua itu....satu perasaan yang sngt indah dan tak dpt diluahkan dgn kata2)

Tuesday 6 December 2011

Bila rindu

Salam....

Tiada apa yang aku nak cakap.....
Melainkan rasa rindu yang teramat sngt pada seseorang.
Rasa rindu yg tak boleh diungkapkan dengan bicara..
walau aku tahu dia ada..dan dia bisa mendengar jika perkata itu aku luahkan...
Tapi aku tak mampu lakukan semua itu....kaku...

Biar aku sorang je yang tahu tentang hadir nyer rasa itu....
Biar aku sorang yang tanggung rasa itu....
Biar aku sorang je hadapi rasa itu..
Biar aku dan Allah saje yang tahu akan indah anugerah rasa itu....

Kerana aku insan lemah..
kerana aku hanya mampu berharap...
kerana aku ingin meluruskan rasa....

Agar rasa rindu itu sentiasa dalam rehdo mu Ya-Allah...


p/s Ya Allah sampaikan salam rindu ku pada nyer..sesungguhnyer aku amat merindui MU dan Kekasih Mu....

Thursday 6 October 2011

Tabahlah wahai hati

Salam...

Senyum tak perlu kata apa2.Senyum tak perlu kata apa2.Huhuhu entah apa mimpi pagi-pagi buta ini rasa mcm melalak je.Jiwa tengah kacau ini.Kalau ikut rasa jiwa yang tengah kacau mau rasa nyer menangis 30 hari 30 malam non stop.Apa yang aku rasa sekarang seribu mcm rasa yang ada.sampai hilang rasa..Cuba bayangan betapa kacau nyer jiwa aku...hihihi ..Tapi jgn risau aku masih boleh tersenyum.

Berbekalkan nasihat yang diberikan oleh abang aku.Alahmdullih masih mampu tersemyum dan berterima kasih pada Allah atas ujian dan dugaan yang diberikan.Dengan ini aku tahu Allah teramat sayang aku..Kalau tak allah tak kan uji dengan ujian sebegini.sakit nyer hingga aku rasa mcm tak boleh bernafas.

Aku berharap sangat aku masih boleh bertahan dan hadapi ujian ini dengan hati yang tenang dan penuh kerehdoan.Sampai kesaat ini aku masih berharap dia adalah takdir yang terindah buatku.setelah aku mulakan nyer dengan seribu harapan dan aku bermohon dia berakhir dengan satu ikatan yang abadi hingga akhirat.

Berharap dan berharap pada insan yang telah menyentuh hati ini...Ya Allah bantu aku dalam meraih cinta abadi mu...

Monday 3 October 2011

Sekali Lagi Hati Terusik ......

Salam...

Di pagi Isnin yang termat ceria ini...Tiba-tiba je terdetik di hati nak update kat blog pasal bicara hati.Hati mana yang tak tersentuh bila bercerita tentang jodoh.Nak kalau umur dah banyak mcm aku ini..Tambahan pula Calon untuk dijadikan bakal suami belum ada lagi.agak susah hati, takut, sedih bila ada org bertanyakan tentang soalan cepu cemas ini.Siapa yang tak nak kahwin, kalau tanya org gila pun jawab nyer mesti mcm ni "Gila ko tak kahwin" agaknya nyer mcm tu lah jawab nyer...Yang penting aku tak gila nak g tanya org gila tu...hehehehehehehe.

Kata org kalau nak dapat kan sesuatu kena berusaha jangan berserah pada takdir je.Duduk dan tunggu je jodoh tu turun bergolek dari mana-mana.Aku ada lah jugak berusaha kearah tu, pernah berkawan tapi jodoh tak sampai..Mungkin hanya Allah Yang Maha Tahu sebabnyer.

Bila melihat teman, sedara, pak ci , Mak cik dah berjumpa dan bersatu dengan jodoh masing-masing.Hati aku merintih sendiri bilakah semua itu akan menjadi milik aku. Pernah tau aku menangis time sepupu aku dinikahkan..Tapi aku menangis dalam hati jelah.Sambil tu aku berdoa kepada allah.

Aku sedaya upaya menjaga hati dan perasan ni agar ianya tidak lagi tercemar oleh
mainan hati dan cinta yang belum pasti ditakdir oleh Allah buat diriku.Buat kali ini, hati ini terusik lagi dengan perasaan yang aku sendiri di tak tahu untuk terangkan. Sesungguhnyer ujian ini teramat berat untuk aku pikul.Terasa takut yang teramat sangat untuk membuat keputusan.Betulkah dia jodoh Allah buatku.Atau pun hadir sekadar ingin meguji dan hati terluka lagi.

YA ALLAH AKU MOHON APA YANG TERBAIK DARI MU BUATKU.SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG MENGERTI YANG TERBAIK BUATKU.KU MOHON APA YANG TELAH KAU TAKDIR BUATKU.TEMUKANLAH AKU DENGAN JODOH KU PADA KETIKA, WATKU DAN INSAN YANG MEMANG BUATKU.AMIN..

Tuesday 20 September 2011

Raya Oh Raya.

Salam.

Selamat hari raya ucapkan pada semua yang pernah terbaca saya punyer blog..hehehehe
Lama giler rasa nyer tak update n3 baru...Tiba2 rasa rindu pulak nak menulis.
 
Hari ini kalau tak silap aku 22 Syawal kan...kira tak lambat lagi lah  nak ucap selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin..Bagi aku raya tahun ni raya yang penuh bermakna buat aku satu family.Syukur sangat pada Allah kerana makbulkan segala doa aku.Apa sebab nyer biar aku dan family je yang tahu.Bab kata org tak semua benda yang boleh kita share.

Tak banyak benda nak citer sebenar..Kebelakang  cibuk kat Ofis sbb ada audit sirim hari Jumaat ni.Ni pun curi2 masa...hilangkan tension mengadap fail yang berlambak...Sampai nak muntah di buat nyer...

Tuesday 24 May 2011

Hai...hai.....

Salam...
Rasa nyer dah lama gila aku update aku punyer entry....
kalau nak tahu aku ni jenis yang buat kerja bila ada mood...
kalau tak de mood...aku buat tak tahu jelah ...
walaupun kerja aku selori bnyk erk....hehehehehe
Pemalas kan aku ni...

Emmmm...
nak citer apa erk....
bnyk sebenar benda yg aku nak citer...
tapi tak tahu nak citer yg mana dulu...
nnt mood aku sampai aku update nyer....

untuk entry ini....
cukup untuk semua tahu yg aku masih ada dalam dunia blog ni
Maksud nyer aku masih bernyawa lagi lah.....hehehehehehe

Thursday 17 March 2011

Ya Allah..Hanya Engkau yg mengetahui segala nyer


Salam..
Hari2 yang aku lalui semakin membuat aku terasa teramat tertekan
Hanya Engkau Kau yang Maha Mengetahui
dan hanya aku yang merasai betapa perit nyer dugaan ni...

Tiada kata yg mampu aku zahir tuk meluahkan rasa ini...
hingga air mata aku tumpuh dengan sendirinyer tanpa aku sedari..
Selagi aku  mampu bertahan aku akan cuba bertahan

Aku cuba tersenyum lindungi segala apa yg aku tanggung
dan aku berharap sinar mentari akan muncul.....




Ya Allah jika ini semua dugaan untuk aku, aku terima dgn hati yang terbuka.Aku yakin Engkau ada disisi aku...Tabahkan lah hati aku tuk lalui semua dugaan ni......