Tuesday 6 December 2011

Bila rindu

Salam....

Tiada apa yang aku nak cakap.....
Melainkan rasa rindu yang teramat sngt pada seseorang.
Rasa rindu yg tak boleh diungkapkan dengan bicara..
walau aku tahu dia ada..dan dia bisa mendengar jika perkata itu aku luahkan...
Tapi aku tak mampu lakukan semua itu....kaku...

Biar aku sorang je yang tahu tentang hadir nyer rasa itu....
Biar aku sorang yang tanggung rasa itu....
Biar aku sorang je hadapi rasa itu..
Biar aku dan Allah saje yang tahu akan indah anugerah rasa itu....

Kerana aku insan lemah..
kerana aku hanya mampu berharap...
kerana aku ingin meluruskan rasa....

Agar rasa rindu itu sentiasa dalam rehdo mu Ya-Allah...


p/s Ya Allah sampaikan salam rindu ku pada nyer..sesungguhnyer aku amat merindui MU dan Kekasih Mu....

Thursday 6 October 2011

Tabahlah wahai hati

Salam...

Senyum tak perlu kata apa2.Senyum tak perlu kata apa2.Huhuhu entah apa mimpi pagi-pagi buta ini rasa mcm melalak je.Jiwa tengah kacau ini.Kalau ikut rasa jiwa yang tengah kacau mau rasa nyer menangis 30 hari 30 malam non stop.Apa yang aku rasa sekarang seribu mcm rasa yang ada.sampai hilang rasa..Cuba bayangan betapa kacau nyer jiwa aku...hihihi ..Tapi jgn risau aku masih boleh tersenyum.

Berbekalkan nasihat yang diberikan oleh abang aku.Alahmdullih masih mampu tersemyum dan berterima kasih pada Allah atas ujian dan dugaan yang diberikan.Dengan ini aku tahu Allah teramat sayang aku..Kalau tak allah tak kan uji dengan ujian sebegini.sakit nyer hingga aku rasa mcm tak boleh bernafas.

Aku berharap sangat aku masih boleh bertahan dan hadapi ujian ini dengan hati yang tenang dan penuh kerehdoan.Sampai kesaat ini aku masih berharap dia adalah takdir yang terindah buatku.setelah aku mulakan nyer dengan seribu harapan dan aku bermohon dia berakhir dengan satu ikatan yang abadi hingga akhirat.

Berharap dan berharap pada insan yang telah menyentuh hati ini...Ya Allah bantu aku dalam meraih cinta abadi mu...

Monday 3 October 2011

Sekali Lagi Hati Terusik ......

Salam...

Di pagi Isnin yang termat ceria ini...Tiba-tiba je terdetik di hati nak update kat blog pasal bicara hati.Hati mana yang tak tersentuh bila bercerita tentang jodoh.Nak kalau umur dah banyak mcm aku ini..Tambahan pula Calon untuk dijadikan bakal suami belum ada lagi.agak susah hati, takut, sedih bila ada org bertanyakan tentang soalan cepu cemas ini.Siapa yang tak nak kahwin, kalau tanya org gila pun jawab nyer mesti mcm ni "Gila ko tak kahwin" agaknya nyer mcm tu lah jawab nyer...Yang penting aku tak gila nak g tanya org gila tu...hehehehehehehe.

Kata org kalau nak dapat kan sesuatu kena berusaha jangan berserah pada takdir je.Duduk dan tunggu je jodoh tu turun bergolek dari mana-mana.Aku ada lah jugak berusaha kearah tu, pernah berkawan tapi jodoh tak sampai..Mungkin hanya Allah Yang Maha Tahu sebabnyer.

Bila melihat teman, sedara, pak ci , Mak cik dah berjumpa dan bersatu dengan jodoh masing-masing.Hati aku merintih sendiri bilakah semua itu akan menjadi milik aku. Pernah tau aku menangis time sepupu aku dinikahkan..Tapi aku menangis dalam hati jelah.Sambil tu aku berdoa kepada allah.

Aku sedaya upaya menjaga hati dan perasan ni agar ianya tidak lagi tercemar oleh
mainan hati dan cinta yang belum pasti ditakdir oleh Allah buat diriku.Buat kali ini, hati ini terusik lagi dengan perasaan yang aku sendiri di tak tahu untuk terangkan. Sesungguhnyer ujian ini teramat berat untuk aku pikul.Terasa takut yang teramat sangat untuk membuat keputusan.Betulkah dia jodoh Allah buatku.Atau pun hadir sekadar ingin meguji dan hati terluka lagi.

YA ALLAH AKU MOHON APA YANG TERBAIK DARI MU BUATKU.SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG MENGERTI YANG TERBAIK BUATKU.KU MOHON APA YANG TELAH KAU TAKDIR BUATKU.TEMUKANLAH AKU DENGAN JODOH KU PADA KETIKA, WATKU DAN INSAN YANG MEMANG BUATKU.AMIN..

Tuesday 20 September 2011

Raya Oh Raya.

Salam.

Selamat hari raya ucapkan pada semua yang pernah terbaca saya punyer blog..hehehehe
Lama giler rasa nyer tak update n3 baru...Tiba2 rasa rindu pulak nak menulis.
 
Hari ini kalau tak silap aku 22 Syawal kan...kira tak lambat lagi lah  nak ucap selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin..Bagi aku raya tahun ni raya yang penuh bermakna buat aku satu family.Syukur sangat pada Allah kerana makbulkan segala doa aku.Apa sebab nyer biar aku dan family je yang tahu.Bab kata org tak semua benda yang boleh kita share.

Tak banyak benda nak citer sebenar..Kebelakang  cibuk kat Ofis sbb ada audit sirim hari Jumaat ni.Ni pun curi2 masa...hilangkan tension mengadap fail yang berlambak...Sampai nak muntah di buat nyer...

Tuesday 24 May 2011

Hai...hai.....

Salam...
Rasa nyer dah lama gila aku update aku punyer entry....
kalau nak tahu aku ni jenis yang buat kerja bila ada mood...
kalau tak de mood...aku buat tak tahu jelah ...
walaupun kerja aku selori bnyk erk....hehehehehe
Pemalas kan aku ni...

Emmmm...
nak citer apa erk....
bnyk sebenar benda yg aku nak citer...
tapi tak tahu nak citer yg mana dulu...
nnt mood aku sampai aku update nyer....

untuk entry ini....
cukup untuk semua tahu yg aku masih ada dalam dunia blog ni
Maksud nyer aku masih bernyawa lagi lah.....hehehehehehe

Thursday 17 March 2011

Ya Allah..Hanya Engkau yg mengetahui segala nyer


Salam..
Hari2 yang aku lalui semakin membuat aku terasa teramat tertekan
Hanya Engkau Kau yang Maha Mengetahui
dan hanya aku yang merasai betapa perit nyer dugaan ni...

Tiada kata yg mampu aku zahir tuk meluahkan rasa ini...
hingga air mata aku tumpuh dengan sendirinyer tanpa aku sedari..
Selagi aku  mampu bertahan aku akan cuba bertahan

Aku cuba tersenyum lindungi segala apa yg aku tanggung
dan aku berharap sinar mentari akan muncul.....




Ya Allah jika ini semua dugaan untuk aku, aku terima dgn hati yang terbuka.Aku yakin Engkau ada disisi aku...Tabahkan lah hati aku tuk lalui semua dugaan ni......

Friday 18 February 2011

Setelah Sekian lama menyorot

Salam...

Salam penuh kerindu buat semua
Terasa berkurun lama nyer aku tak membelek-belek aku punyer blog.
Semenjak dua menjak hidup aku agak kelam kabut sikit
Terlalu banyak benda perlu dibuat dan diselesaikan
Ditambah pula dengan tahap kesihatan aku yang kurang mengizinkan.

Biasalah hari2 kerja bizi dengan kerja kat ofis
Hari minggu bizi kerja part time pulak.
Penat tak yah cakap.
Sampaikan masa tuk diri pun dah tak de.

Sekarang ni aku bizi belajar kereta..
Huhuhu dah tua baru nak ambik lesen..hukhukhuk
tapi tak pe lah yg penting aku ambik lesen guna duit aku sendiri
sekarang tengah belajar lagi lah.Harap2 semua nyer akan berjalan dengan lancar..

walaupun penat  walaupun lelah dalam megharungi setiap detik perjalanan hidup,
tapi sebagai hamba Allah yang menumpang di dunia yg sementara..hidup perlu diteruskan

p/s next n3 aku sambung erk...bnyk benda lagi aku nak cerita ni...

Tuesday 18 January 2011

JANGAN CARI PENYAKIT

salam...

Ayat pertama yang keluar dari dari mulut kawan baik. Ayat dia lbh kurang mcm ni lah..".Ko jangan cari penyakit kalu ko tak nak sakit lagi".

Entah kenapa tiba je aku terfikir nak buat benda-benda bodoh mcm tu. Mungkin keadaan yg memaksa walau pada hakikat nyer aku tak nak semua itu berulang lagi. Sakit nyer hanya Allah yg tahu..

Alangkah indah jika apa yg kita impikan mampu kita miliki. Mungkin tidak akan ada lagi mereka yang disakiti dan menyakiti.Dan tak salahkan  tuk kita terus berharap dan terus berharap.Walaupun org kata harapan yg kita impikan tu kabur dan teramatlah mustahil untuk jadi kenyatan.

P/S Sesuatu yg kita rasa terbaik untuk kita mungkin terburuk disisi Allah dan mungkin yang kita rasa terburuk untuk kita adalah terbaik disisi Allah. Hanya DIA yang maha mengetahui.

Monday 10 January 2011

Cinta Sempurna

Salam

untuk awak yang pernah saya pegang hatinya satu ketika dahulu,
nah, ambil semula hati awak.
pegang erat, jangan sampai lepas ke tangan orang lain lagi,
sebelum tiba waktunya.
Bukan maksud menyuruh awak menunggu saya..bukan. bukan.
Saya cuma ingin mengajak awak kembali menyerahkan hati
kepada Dia Sang Pemilik Segala.
langit bulan bintang juga adalah milikNya,
apakah hak kita untuk berkata bahawa sekeping hati kecil ini hak mutlak kita?

ketahuilah awak,
cinta remaja kini indahnya fana semata-mata.
cinta ini tidak menjanjikan syurga akhirat.
cinta ini kilang melambungkan dosa.
cinta ini yang mengotorkan jiwa.
cinta ini yang menarik kita jauh dari Dia

“…dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan.” (Al-MAidah:43)

apa masih mahu bercinta? ketahuilah awak,
sendiri tidak bermakna sepi. Dengan Dia di sisi,
diri tak akan pernah rasa sunyi.
kalau sungguh manusia akan derita tanpa kekasih hati,
nama Rabiatul Adawiyah takkan agung begitu sekali.

“…Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat kebaikan, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (Al-Baqarah:112)

buat awak yang disayangi sebagai saudara seakidah,
mari kembali membersihkan hati. mari kembali mencari cinta hakiki, cinta Ilahi.

awak,
ketahuilah kalau sekiranya hidup kita terlalu singkat untuk
memikirkan soal kekasih hati yang entah bila akan kembali.

awak,
bangkitlah dari mimpi yang panjang.
ambil hati awak ini kembali.
genggam kejap sepanjang perjalanan menuju Dia.
bila sudah sampai ke destinasi, serahkan saja padaNya.
biar Dia tentukan segala.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

awak,
ketahuilah sekali lagi,
dalam perjalanan singkat hidup kita sbagai pengembara di dunia,
Allah sediakan kita dengan dua cinta:
keduanya tidak menyakitkan,
dan tak akan pernah mengecewakan.
ianya adalah:
Lillahi (untuk Allah) dan Fillahi (kerana Allah).
dan kita tidak akan menemukan keduanya,
selagi mana kita tidak berjumpa dengan Yang Menciptakannya.
carilah Allah. insya-Allah cinta yang lain akan mengikuti.
jangan mencintai yang lain mendahului Allah, bimbang semua cinta akan menjauhi.
akhir kata,
selamat berjuang mencari mardhatillah.

P/s N3 telah dicopy dengan niat murni untuk dikongsi