Monday 3 October 2011

Sekali Lagi Hati Terusik ......

Salam...

Di pagi Isnin yang termat ceria ini...Tiba-tiba je terdetik di hati nak update kat blog pasal bicara hati.Hati mana yang tak tersentuh bila bercerita tentang jodoh.Nak kalau umur dah banyak mcm aku ini..Tambahan pula Calon untuk dijadikan bakal suami belum ada lagi.agak susah hati, takut, sedih bila ada org bertanyakan tentang soalan cepu cemas ini.Siapa yang tak nak kahwin, kalau tanya org gila pun jawab nyer mesti mcm ni "Gila ko tak kahwin" agaknya nyer mcm tu lah jawab nyer...Yang penting aku tak gila nak g tanya org gila tu...hehehehehehehe.

Kata org kalau nak dapat kan sesuatu kena berusaha jangan berserah pada takdir je.Duduk dan tunggu je jodoh tu turun bergolek dari mana-mana.Aku ada lah jugak berusaha kearah tu, pernah berkawan tapi jodoh tak sampai..Mungkin hanya Allah Yang Maha Tahu sebabnyer.

Bila melihat teman, sedara, pak ci , Mak cik dah berjumpa dan bersatu dengan jodoh masing-masing.Hati aku merintih sendiri bilakah semua itu akan menjadi milik aku. Pernah tau aku menangis time sepupu aku dinikahkan..Tapi aku menangis dalam hati jelah.Sambil tu aku berdoa kepada allah.

Aku sedaya upaya menjaga hati dan perasan ni agar ianya tidak lagi tercemar oleh
mainan hati dan cinta yang belum pasti ditakdir oleh Allah buat diriku.Buat kali ini, hati ini terusik lagi dengan perasaan yang aku sendiri di tak tahu untuk terangkan. Sesungguhnyer ujian ini teramat berat untuk aku pikul.Terasa takut yang teramat sangat untuk membuat keputusan.Betulkah dia jodoh Allah buatku.Atau pun hadir sekadar ingin meguji dan hati terluka lagi.

YA ALLAH AKU MOHON APA YANG TERBAIK DARI MU BUATKU.SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG MENGERTI YANG TERBAIK BUATKU.KU MOHON APA YANG TELAH KAU TAKDIR BUATKU.TEMUKANLAH AKU DENGAN JODOH KU PADA KETIKA, WATKU DAN INSAN YANG MEMANG BUATKU.AMIN..

No comments:

Post a Comment