Thursday 30 December 2010

Negara melabuhkan tirai 2010 dengan kejayaan yg penuh bermakna.


Salam…


Malaysia oh Malaysia…..Bola oh bola…Kejayaan yang diciptakan oleh barisan pemain muda semalam merupakan satu lembaran baru dalam arena bola sepak Negara kita.Dari corak permainan yang ditunjukkan oleh barisan anak didik K. Rajagobal aku yakin Malaysia mampu melangkah lebih jauh dalam arena bola sepak Negara. Sungguh tidak sia-sia aku rasakan menyaksikan perlawanan bola semalam. Pujian fisrt kelaslah  aku bagikan kepada Fahmi dengan safee Sayang lebih r kat you all.

Aku tengok perlawanan semalam kat umah je dengan budak umah… bersorak sampai tak ingat dunia pergi ofis tak de suara. Plan ngan budak umah nak lepak kat Dataran Merdeka bagi ada feel ckit time sorak tu,  tapi mengenangkan kita org semua anak dara agak kurang manislah disitu yer bersorak sorai ditengah khalayak ramai so kita org decide tengok kat umah je lah. …. lagak macam tahu jln nk ke sana . Heboh bersorak sampai jiran sebelah keluar buat malu je umah nak dara bersorak mengalahkan jantan. Apa2 pun semalam mmg enjoy…

Terima kasih kat you all skuad Malaysia Kerana Mu aku cuti esok….yaaaaaahhhhoooooo tak payah aku susah-susah  pergi klinilk berlakon buat sakit mintak mc  ..….  Kurang sikit dosa aku

Wednesday 29 December 2010

Kapur Takde Dakwat

Salam…
Al-kisah ni terjadi time aku kat sekolah dulu…Sampai sekarang benda ni jadi bahan kutukan kawan aku bila kita org duk lepak sama-sama.  Kurang asam betul dia org ni saje nak kenakan aku.
Disebabkan aku mmg budak yang teramatlah pandai dan memasang angan-angan  nak masuk Universiti aku kuatkan  semangat study sehingga form 6 sebenarnyer ambik hati ayah je yg nk sangat tngk aku msk U jgk mcm abg-abg aku. Aku time tu mmg dah tak de hati nk sekolah lagi . Sikit lah pun jahat ayah aku siap masukkan aku kat asrama. (But now thanks Ayah atas apa yg telah ayah lakukan akhirnyer anakmu berjaya jugak).
Masa form 6  aku masuk kelas ekonomi memang dah sah-sah lah aku kena ambik subjek ekonomi. Aku ni mmg dah lembab dalam bab2 kira-mengira entah mcm mane aku terpilih masuk kelas tu. Nak cakap matematik aku hebat time spm rasa nyer tak…hukhukhuk siap ambik paper Mat Julai boleh tahan jugaklah tahap kebodohan aku ni.
……………………………………………………………………..
Cerite nyer lebih kurang mcm ni r….
Masa subjek ekonomi sedang diajar oleh cikgu kesayangan aku …tiba2 cikgu tu berkata :
Cikgu : ok murid2 semua paham dok apa yg cikgu ajor sakni ?
6G : boleh r ckit cikgu2. ( aku mcm biasalah buat muka takde perasaan, dah aku dok berehi subjek tu aku  wat bodoh je lah).
Cikgu: Ginilah kita main kuiz nok, cikgu nak tengok tahap kefahamang awak semua.
6G: ok..buleh je.
Cikgu : kali ni cikgu akan panggil ikut no giliran  senarai nama yg ada kat tangan cikgu ni.   Ok..  Cikgu pilih no 8.  No 8 tu aku hentam je..giler maut aku klu ingt semua tu
Bangunlah si budak no 8 dengan penuh bergaya ke depan menjawab soalan yang tertulis di papan hitam. Tak sampai 5 minit soalan tu berjaya dijawab dengan jaya nyer.
No 8 : ok cikgu siap ork. Betul dok saya wat tu cikgu.
Cikgu: emmm..ok kelas mcm  mane …betul ke  dok jawapan kwn awk wat tu..
6G : rasa mcm betul…Betul….Betul..
Selang beberapa org kawan aku buat gaya cat walk kat depan tu. Tiba2 bagai guruh berdentum bila aku dengar cikgu tu sebut no 21. Alamak tu no aku apalah malang nasib aku, kali ni no aku naik . Habislah aku dahlah  satu habuk yang cikgu ajar kat depan aku not understand. Gelap dunia ku rasakan.
Cikgu : Ok no 21. Sila jawab soalan di depan.
 Dengan tahap keyakinan yang makin merendah aku gagahi jugak kaki tuk melangkah ke depan. Kawan aku yg kat sebelah tu dah bantai gelak kat aku siap guling-guling lagi siot punyer kawan. Berlagak mentang-mentanglah dia tak kena. Habis lah aku apa yang nak tulis kat depan nanti. Lama aku tenung soalan tu..
Cikgu : shuhada wat pe dok jawab agi.
No 21 : kejap cikgu cari ilham..hehehehehe.
Aku pun ambik lah kapur yang ada kat atas meja cikgu siap gongcang-gongcang lagi. Time aku nak menulis kat papan hitam tu satu tulisan pun tak tercatat kat situ. Kat belakang aku dah terdengar suara-suara halus berbisik “ kapur hbs dah dakwat doh ke  cik kak “ diiringi dengan hilai tawa. Mula tak yah nak cakap r..Rasa mcm nak lari keluar je dari kelas.
Cikgu : lame nyer cari ihlam…doh sampai ke dok lg ilham tu…tadi cikgu tanya kate paham doh.
No 21 : Mari doh tapi kapur ni tak dok dakwat pulok cikgu. Saya nak tulis gane jawap nyer …[Sikit pun aku rasa tak bersalah time tu]
Cikgu : Mcm2 lah jawapan  awk ni shuhada. Klu dok leh jawab koba je lah.
No 21 : Hehehehehehe.

Ahkir nyer cikgu yg tlg jawab soalan tu tuk aku.  
Inilah kawan yang bantai gelak guling-guling kat aku.
6AG  dalam ingatan
Rindu korang semua

Korang semua mmg best

P/s  Perbualan menggunakan bahasa ganu erk sebab aku sekolah kat ganu. Lagi satu yg menjadi persoalan nyer disini kapur ada dakwat ke??????.


Friday 24 December 2010

Entah apa Entah

Salam..

Rajin pulak aku rasa nak update aku punyer blog. Klu boleh setiap jam aku nk masuk n3 baru banyak sangat benda yang nak di kongsi.Tapikan bila aku baca balik apa yang aku tulis mcm hampes hehehehe kelakar pun ada jugak. Kalau bab salah eja tu mmg banyak, bahasa tak yah nak cakap lah tonggang terbalik, cara aku bercerita mcm tak berapa nak masuk je. Patutlah aku tak dpt "A" bahasa melayu time SPM dulu...Hehehehehehe...

Maafkan aku erk klu sapa-sapa yg terbaca aku punyer blog  and then aku  x fhm dengan apa yg aku tulis aku mintak maaf berbanyak erk. Yelah aku kan ni bukan seorang penulis novel pn .Menulis kat n3 ni pun just tuk suka-suka je. Aku ni jenis yang tak suka sangat bercerita prihal hidup aku dengan org, klu ada apa-apa yg terjadi aku simpan je dalam hati.

Bila aku terbaca blog org lain  baru aku terfikir, bagus jugak kalau aku ada blog sendiri boleh aku menulis apa yang suka  hehehehehe...mcm buat sesi luahan perasaan ke, kutuk mengutuk org yg menyusahkan hidup aku ke dan yang sewaktu dengan nyer r...Lantak aku lah nak tulis apa pun kat dalam blog aku. Tu aku punyer suka r takde sape pun yg boleh marah or saman aku.....Klu tak suka dengan apa yang aku tulis tak yah baca.Di maklumkan juga disini tidak wujud unsur-unsur paksa erk. Klu korang rase apa yang tulis aku boleh bawa kebaikan dalam hidup korang ikut lah klu tak buang je jauh-jauh.

Aku sekarang  tengah berusaha untuk belajar dengan lebih mendalam selok-belok cara berbloger dengan betul. Banyak benda yang aku x tahu, terciptanya blog ni pun dgn secara tak sengaja...entah betul ke tak cara aku ni. Bab2 plot penceritaan ini akan aku perbaiki dari masa ke semasa. Lepas ni aku kena baca novel bnyk2 tuk jadi seorang penulis yang terbaik...( Boleh cari duit lebih ni ).

p/s : Mood happy coz bos bercuti selama seminggu line clear tak de sapa nk kacau aku.. ari ni  kat ofis  satu habuk kerja pun aku tak buat...Best nyer klu ari-ari mcm ni.

Terkenang

salam...

Dipagi jumaat yg penuh dengan keceriaan ni, tetiba je aku teringat kat seseorang. Hati aku tersentuh seribu mcm rasa hadir...kadang tu rasa rindu yg teramat sangat kadang tu rasa benci pun ada. Rindu pada seseorang yg pernah hadir dlm hidup aku  walaupun hanya untuk sementara. kadang tu aku terasa mcm dipersenda pun ada jugak.

Hina sangatkah aku ni, aku sedar siapa diri ni dan kekurangan yang ada pada aku.sedih sngt bila aku terkenangkan apa yang telah terjadi...klu lah masa boleh di undur kembali aku org yang paling gembira dlm dunia ni...Mahu saje aku hapus segala yang telah berlaku...

Tadilah masa tngh update fb aku terpandang wall budak tu dengan pantas aku terklik dia punyer profil. Dah lama sebenarnya aku tak buka dia profil entah knp ari ni gatal pulak aku tangan.Sakit hati aku tengok dia punyer status. Sekarang tngh  berbahagia dengan kehidupan nyer. Hukhukhuk aku sedih sngt  plus benci kat diri aku sendiri. knp lah sampai  kesaat ini aku masih terkenang dia.

Walaupun masih tinggal saki baki rindu n sayang kat dia aku nekad tak nak berhubung dgn dia lagi...cukuplah dengan apa yg telah terjadi.Kenangan tu akan aku kenang sampai bila-bila. Disebabkab aku seorang budak yg baik, setiap kali selepas solat aku tidak pernah lupa untuk doakan kebahagian dia di dunia dan akhirat.Amin...Aku yakin kebahagian untuk aku pasti akan muncal. Aku juga yakin allah sentiasa bersama dengan aku dan mendengar segala rintihan dan harapan hambanya.

JodohMu 

p/s Sungguh nyer telah tercatat tiga perkara untuk hambaNya sejak azali lagi iaitu Jodoh, rezeki dan maut.Yakinlah padaNya...Rehdo segala ketentuannya...Insyaallah kebahagian milik Mu...

Thursday 23 December 2010

Baling Guli

Salam..

Baling guli? mesti nak tahu kan guli apa yang aku baling. Semalamlah balik dari kerja kita org satu umah lepak depan tv sambil mkn nasi.Tetiba-tiba salah sorang budak umah aku berkata-kata. "Jom kita main boling aku tngh panas dengan seseorang ni. (Guli tu maksud nyer bola boling lah. Ada Faham)..Time-time mcm ni elok main...sure strike r..." (org yg dimaksudkan tu "Hamba Allah" yg aku cite semlm). Terus kita org semua ckp ok.Kwn aku tu berkata lagi. Kali ni kita main kat jauh ckitlah, kat mid nak.Serentak kita org jawab...NAK.....biasa nyer kita org main  kat mines je....dekat ngan rumah.

Gerak dari umah dalam pukul 8 mlm mcm tu tapi sampai dlm kul 9 mlm.Sesat punyer pasal..Entah mana2 kita org sesat...kecewa giler masa tu....ingatkan dah nk balik dah....tapi kita org ni bukan jenis yg cepat putus asa. Alang-alang dah celup pekasam tu biarlah sampai ke siku...hehehehehehe.

Sampai je kat sana org tengah ramai...So kita org terpaksa lah tunggu. Main boling semalam lain mcm sikit dia punyer semangat sbb kat sebelah aku ada pakwe hensem. Siap bagi sokongan moral kat aku.Bertambah-tambah semangat aku nak main. Aku nekad kali ni tak nak kalah lagi....asyik  nombor last tu mesti  muka aku.Tension tul aku.

Nak tahu mcm aku tak kalah. Meh sini aku bagi tahu....Time  baling tu aku bayang muka org yg paling aku benci and then ngan sekuat hati aku baling bola tu...nah ko jatuh semua pin tu ...puas hati aku......Nak tahu sape org yg aku benci tu...Emmmm aku cerita lain kali erk.....

Akhirnya aku berjaya jgk lah untuk tidak memalukan diri sendiri. Catat rekod tak kalah semalam. Even dpt no 2 and no 3...Oklah tu kan...hehehehehe..Kita balik dlm kul 12 mlm sampai umah dlm kul 12.30 pagi.Sebelum balik tu sempat lah ambk gambar sekeping dua buat kenang yang terindah. Sampai umah terus tido penat yang teramat....hukhukhuk....Esok pagi-pagi kena kerja…Oh Tidak…

Nilah gambar yg tak seberapa yg sempat kita org ambik.Tengok r erk...

Sewaktu ketibaan
                                                                

Add caption Depan pintu masuk (nilah  kwn aku yg tngh Panas tu)
                                            
Add caption  kak Mai...Lwn bilik sebelah




kak mai dan kak zana sepasukan

.


  Pekwe sebelah
yang ADA aku punyer erk

Second round
                                      


                                                  

                                                              




Wednesday 22 December 2010

Bila Pangkat & Kedudukan jadi Sanjungan

Salam...


Itu lumrah alam, bila kejayaan duniawi yang dibanggakan.Sesesorang ( berapa bnyk se..se..se lah) itu boleh jadi lupa kepada tujuan sebenar kehidupan di dunia yang sementar ni.Aku menulis n3 ikhlas dari hati, semenjak aku masuk ke alam pekerjaan ini banyak perkara yang aku belajar tentang kehidupan.Macam ragam manusia yang dapat aku lihat.Jujur aku katakan dunia penuh dengan lakonan.Kalau tak kuat iman boleh jadi Gila...Serius aku cakap.


Tujuan aku bukan nak abaikan sesiapa just nak berkongsi pendapat sekaligus saling ingat-mengingati sesama saudara (mcm bagus pulak aku ni) hehehehehe.jangan marah erk.klu ada salah silap aku sila tegur....
Meh sini aku nk citer..knp tiba2 aku tulis n3 yg mcm ni..


Kat tempat aku kerja ni adalah seorg "hamba allah"...yang mana kehadiran nyer kat ofis aku bab kat orang          " Kehadiran yg tak dialu-alukan" pastu berlagak mcm bagus. Ok fine kita org sedar siapa kita org kat ofis ni just pekerja bawahan tapi kita pun org manusia biasa.Ada hati dan perasaan, yang paling kesian kat kawan aku ni...asyik kena dengan "hamba allah" tu.Entah apa yang dia tak puas hati ngan kawan aku ni pun...aku tak dapat menjawabnyer ...Mental agak nyer....Walaupun benda  tu bukan salah kawan aku.Marah org suka-suka hati mak bapak di je.(mak ayah aku pun tak pernah marah aku mcm tu).


Klu ikutkan  hati yg marah ni rasa nk g bom dia punyer bilik.Kadang tu aku kesian gak  kat "hamba allah" ni...umur boleh katakan sebaya ngan ayah aku...bila dia masuk ofis sorang pun buat tak  endah, mcm dia tak wujudlah kat situ.Kita org semua kan wat bodoh je,emmmmm...nak tengok muka dia pun tak lalu rasa meluat teramat sangat.Padam muka..puas hati....Jahat pulak rasa nyer..


Kawan aku selalu ckp nilah nasib org yg baik selalu je kena * baik ke kita org ni*. Harapan aku kat " hamba allah" tu cepat2 lah sedar,  hidup kita kat dunia pun sekejap je....kepada allah juga kita kembali. Pangkat, darjat dan kedudukan  tak boleh bawak masuk kubur pun...allah tak pandang pun tu semua.Hanya amalan ko je yang dinilai nanti. Mcm mane  klu lbh bnyk yang busuk dari yang wangi ko bawa kat sana....Tak ke sia-sia hidup ni....Sama-samalah kita renung-renungkan....Busuk-busuk pun bila ko dah mati .....benda yang ko buat kat dunia jugak yg org sebu2t. Lebih2 lagi perkara jahat yang ko buat.Orang akan  kenang sampai bila-bila...


Huhuhu.Entah apa2 yang dah aku  mengarut ni aku pun dah tak faham..Tapi mcm tu cerita nyer...Janganlah  bangga sangat dengan apa yang kita ada kat dunia ni...belum tentu semua tu menjanjikan kebahagian kita kat Akhirat Sana.


* p/s Shu_huda mcm ko tu bagus sangat....Oklah sama-sama kita renung-renungkan erk....Untuk diri aku jgn sesekali berkelakuan semacam tu..Ingat pesan mak ayah kat kampung.


* Gambar ni sekadar hiasan...bila mkn pengat ni boleh hilangkan rasa marah, rasa kebencian dan seribu mcm rasa..huhuhuhuu




Pengat Ubi

Jalan2 kat MAHA

Salam...

Dah agak lama aku tak update blog ni.mcm tak berapa berkesempatan lah.Nak kata bizi sangat tu tak de lah..mood tu je kurang nak mari .

Akhir bulan Nov hari tu kat Mardi Serdang telah berlangsung MAHA .Aku mcm biasalah tak ketinggalan memeriahkan keadaan.Sepanjang seminggu MAHA berlangsung aku sempat jugak 2 kali pergi sana.Hehehehe(Bab2 berjalan bagi kat aku lah...i Like).

Kali Pertama pergi aku pergi dengan budak-budak umah aku.Balik kerja terus je pergi...perjalanan nyer cuma mengambil masa 10 minit...Hehehe dekat je ngan umah sewa aku...Terselamat pulak dari jem...

Okl lah korang layan je gambar-gambar ni erk....

Best naik ni...siap berebut2..teruju teramat sngt dapat naik


Yang baju biru ...pemandu pelancong


Tren bawa pergi rumah-rumah negeri

Ni tempat yg paling suka aku pergi

Kambing yg sempat kita org pergi tengok

Ada lagi lembu yg lebih besar dari ni. samapi tak larat nk bangun pun ada.

Kambing ni mengalami stress.Kesian aku tengok dia

Satu kampung ngan aku...Bangga dpt no 1

Nilah juara nyer...Suka posing..patut lah dapat no 1

Kita org pusing-pusing kat MAHA tu sekejap je. keadaan tidak berapa nak mengizinkan, hujan lebat teramat sangat.Kita org siap main hujan lagi..Best jugak main hujan teringat zaman kecik2 masa kat dulu.Basah kuyup kita org dibuatnyer.

Kali ke2 aku pergi nk family.Bawak adik-adik jln2. Datang bercuti sempena cuti sekolah. Tapi kita org tk lama kat ctu coz tersangat-sangatlah ramai org nyer plus anak buah yang mula meragam.Klu tak silap aku ari tu hari sabtu. Disebabkab kesian kat adik yg tak puas lagi berjalan...aku bawa diaorang pergi Midvelly..Tapi hampes kat Mid pun ramai jugak org  nyer..Huhu

* p/s begitu keadaan nyer bila berjalan di bumi allah yg luas terbentang.Mcm2 ragam manusia yg bleh kita lihat..