Friday 24 December 2010

Terkenang

salam...

Dipagi jumaat yg penuh dengan keceriaan ni, tetiba je aku teringat kat seseorang. Hati aku tersentuh seribu mcm rasa hadir...kadang tu rasa rindu yg teramat sangat kadang tu rasa benci pun ada. Rindu pada seseorang yg pernah hadir dlm hidup aku  walaupun hanya untuk sementara. kadang tu aku terasa mcm dipersenda pun ada jugak.

Hina sangatkah aku ni, aku sedar siapa diri ni dan kekurangan yang ada pada aku.sedih sngt bila aku terkenangkan apa yang telah terjadi...klu lah masa boleh di undur kembali aku org yang paling gembira dlm dunia ni...Mahu saje aku hapus segala yang telah berlaku...

Tadilah masa tngh update fb aku terpandang wall budak tu dengan pantas aku terklik dia punyer profil. Dah lama sebenarnya aku tak buka dia profil entah knp ari ni gatal pulak aku tangan.Sakit hati aku tengok dia punyer status. Sekarang tngh  berbahagia dengan kehidupan nyer. Hukhukhuk aku sedih sngt  plus benci kat diri aku sendiri. knp lah sampai  kesaat ini aku masih terkenang dia.

Walaupun masih tinggal saki baki rindu n sayang kat dia aku nekad tak nak berhubung dgn dia lagi...cukuplah dengan apa yg telah terjadi.Kenangan tu akan aku kenang sampai bila-bila. Disebabkab aku seorang budak yg baik, setiap kali selepas solat aku tidak pernah lupa untuk doakan kebahagian dia di dunia dan akhirat.Amin...Aku yakin kebahagian untuk aku pasti akan muncal. Aku juga yakin allah sentiasa bersama dengan aku dan mendengar segala rintihan dan harapan hambanya.

JodohMu 

p/s Sungguh nyer telah tercatat tiga perkara untuk hambaNya sejak azali lagi iaitu Jodoh, rezeki dan maut.Yakinlah padaNya...Rehdo segala ketentuannya...Insyaallah kebahagian milik Mu...

No comments:

Post a Comment