Tuesday 30 November 2010

Tentang aku part 1

Huuu…boring betul kat ofis ari ni…kerja banyak tapi malas nk buat…

Minit meeting yg bulan lepas pun aku tak buat lagi.Sampaikan aku dah lupa apa yg kita org bincang masa meeting dulu tu….Mood nk buat tak datang lagi….Klu nk buat minit nk kena ada mood baru boleh jalan..Cemas jugak hujung bulan ni next meeting …Biasa nyer kalau aku ni mood datang last2 minute…hehehehehe…Dasar pemalas aku ni….Alang2 aku cerita pasal kerja ni, tak salah kira nyer aku cerita serba sedikit tentang diri aku…

Umur aku dah nk masuk 25 thn…kejap je aku rasa…dah tua rupa nyer…Pada saat dan ketika ini aku dah kerja…aku kerja kat pejabat kerajaan …jawatan aku pembantu tadbir je pada masa  yang sama jugak  aku jaga  ketua lab ( dalam erti kata lain setiausaha lah)….Tu yang kena buat minit mesyuarat…Cukup aku tak suka buat benda tu….heheehehehe.Pening jugak jadi s/u ni…biasa lah kan jadi org tengah…semua benda org rujuk kat aku…Bos aku tu lain mcm ckit…mood dia suka berubah2…kadang tu susah nk jangka…ada masa nyer boleh ajak bergurau…ada masa langsung tak boleh tegur…Setahun jaga  dia aku dah boleh faham perangai bos kesayangan aku tu ( kite org satu Lab panggil dia “papa”)…

Aku dulu study kat UPM…Aku dulu study kat Fakulti Pendidikan  ambik kos HRD…Bercita2 nk jadi cikgu tapi tak lepas…Tu lah time STPM dulu bnyk main…Result cukup2 makan je…Nasib lah lepas tuk masuk U…Syukur

Sebelum kerja kat UPM ni, aku  mengajar  kat tadika…(akhirnyer tercapai gak cita2 aku nk jadi cikgu)….Aku sebenar sayang nk tinggalkan tadika tu….tapi disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan aku berhenti jugak…(gaji kat citu cikit sngt).Aku nangis tau time nk berhenti  tu….Sampai sekarang terbayang lagi wajah2 anak murid aku yg comel2.CIKGU windu kalian Semua.

No comments:

Post a Comment