Salam...
Salam penuh kerindu buat semua
Terasa berkurun lama nyer aku tak membelek-belek aku punyer blog.
Semenjak dua menjak hidup aku agak kelam kabut sikit
Terlalu banyak benda perlu dibuat dan diselesaikan
Ditambah pula dengan tahap kesihatan aku yang kurang mengizinkan.
Biasalah hari2 kerja bizi dengan kerja kat ofis
Hari minggu bizi kerja part time pulak.
Penat tak yah cakap.
Sampaikan masa tuk diri pun dah tak de.
Sekarang ni aku bizi belajar kereta..
Huhuhu dah tua baru nak ambik lesen..hukhukhuk
tapi tak pe lah yg penting aku ambik lesen guna duit aku sendiri
sekarang tengah belajar lagi lah.Harap2 semua nyer akan berjalan dengan lancar..
walaupun penat walaupun lelah dalam megharungi setiap detik perjalanan hidup,
tapi sebagai hamba Allah yang menumpang di dunia yg sementara..hidup perlu diteruskan
p/s next n3 aku sambung erk...bnyk benda lagi aku nak cerita ni...
Friday, 18 February 2011
Tuesday, 18 January 2011
JANGAN CARI PENYAKIT
salam...
Ayat pertama yang keluar dari dari mulut kawan baik. Ayat dia lbh kurang mcm ni lah..".Ko jangan cari penyakit kalu ko tak nak sakit lagi".
Entah kenapa tiba je aku terfikir nak buat benda-benda bodoh mcm tu. Mungkin keadaan yg memaksa walau pada hakikat nyer aku tak nak semua itu berulang lagi. Sakit nyer hanya Allah yg tahu..
Alangkah indah jika apa yg kita impikan mampu kita miliki. Mungkin tidak akan ada lagi mereka yang disakiti dan menyakiti.Dan tak salahkan tuk kita terus berharap dan terus berharap.Walaupun org kata harapan yg kita impikan tu kabur dan teramatlah mustahil untuk jadi kenyatan.
P/S Sesuatu yg kita rasa terbaik untuk kita mungkin terburuk disisi Allah dan mungkin yang kita rasa terburuk untuk kita adalah terbaik disisi Allah. Hanya DIA yang maha mengetahui.

Monday, 10 January 2011
Cinta Sempurna
Salam
untuk awak yang pernah saya pegang hatinya satu ketika dahulu,
nah, ambil semula hati awak.
pegang erat, jangan sampai lepas ke tangan orang lain lagi,
sebelum tiba waktunya.
Bukan maksud menyuruh awak menunggu saya..bukan. bukan.
Saya cuma ingin mengajak awak kembali menyerahkan hati
kepada Dia Sang Pemilik Segala.
langit bulan bintang juga adalah milikNya,
apakah hak kita untuk berkata bahawa sekeping hati kecil ini hak mutlak kita?
ketahuilah awak,
cinta remaja kini indahnya fana semata-mata.
cinta ini tidak menjanjikan syurga akhirat.
cinta ini kilang melambungkan dosa.
cinta ini yang mengotorkan jiwa.
cinta ini yang menarik kita jauh dari Dia
“…dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan.” (Al-MAidah:43)
apa masih mahu bercinta? ketahuilah awak,
sendiri tidak bermakna sepi. Dengan Dia di sisi,
diri tak akan pernah rasa sunyi.
kalau sungguh manusia akan derita tanpa kekasih hati,
nama Rabiatul Adawiyah takkan agung begitu sekali.
“…Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat kebaikan, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (Al-Baqarah:112)
buat awak yang disayangi sebagai saudara seakidah,
mari kembali membersihkan hati. mari kembali mencari cinta hakiki, cinta Ilahi.
awak,
ketahuilah kalau sekiranya hidup kita terlalu singkat untuk
memikirkan soal kekasih hati yang entah bila akan kembali.
awak,
bangkitlah dari mimpi yang panjang.
ambil hati awak ini kembali.
genggam kejap sepanjang perjalanan menuju Dia.
bila sudah sampai ke destinasi, serahkan saja padaNya.
biar Dia tentukan segala.
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
awak,
ketahuilah sekali lagi,
dalam perjalanan singkat hidup kita sbagai pengembara di dunia,
Allah sediakan kita dengan dua cinta:
keduanya tidak menyakitkan,
dan tak akan pernah mengecewakan.
ianya adalah:
Lillahi (untuk Allah) dan Fillahi (kerana Allah).
dan kita tidak akan menemukan keduanya,
selagi mana kita tidak berjumpa dengan Yang Menciptakannya.
carilah Allah. insya-Allah cinta yang lain akan mengikuti.
jangan mencintai yang lain mendahului Allah, bimbang semua cinta akan menjauhi.
akhir kata,
selamat berjuang mencari mardhatillah.
P/s N3 telah dicopy dengan niat murni untuk dikongsi
Thursday, 30 December 2010
Negara melabuhkan tirai 2010 dengan kejayaan yg penuh bermakna.
Salam…
Malaysia oh Malaysia…..Bola oh bola…Kejayaan yang diciptakan oleh barisan pemain muda semalam merupakan satu lembaran baru dalam arena bola sepak Negara kita.Dari corak permainan yang ditunjukkan oleh barisan anak didik K. Rajagobal aku yakin Malaysia mampu melangkah lebih jauh dalam arena bola sepak Negara. Sungguh tidak sia-sia aku rasakan menyaksikan perlawanan bola semalam. Pujian fisrt kelaslah aku bagikan kepada Fahmi dengan safee Sayang lebih r kat you all.
Aku tengok perlawanan semalam kat umah je dengan budak umah… bersorak sampai tak ingat dunia pergi ofis tak de suara. Plan ngan budak umah nak lepak kat Dataran Merdeka bagi ada feel ckit time sorak tu, tapi mengenangkan kita org semua anak dara agak kurang manislah disitu yer bersorak sorai ditengah khalayak ramai so kita org decide tengok kat umah je lah. …. lagak macam tahu jln nk ke sana . Heboh bersorak sampai jiran sebelah keluar buat malu je umah nak dara bersorak mengalahkan jantan. Apa2 pun semalam mmg enjoy…
Terima kasih kat you all skuad Malaysia Kerana Mu aku cuti esok….yaaaaaahhhhoooooo tak payah aku susah-susah pergi klinilk berlakon buat sakit mintak mc ..…. Kurang sikit dosa aku
Wednesday, 29 December 2010
Kapur Takde Dakwat
Salam…
Al-kisah ni terjadi time aku kat sekolah dulu…Sampai sekarang benda ni jadi bahan kutukan kawan aku bila kita org duk lepak sama-sama. Kurang asam betul dia org ni saje nak kenakan aku.
Disebabkan aku mmg budak yang teramatlah pandai dan memasang angan-angan nak masuk Universiti aku kuatkan semangat study sehingga form 6 sebenarnyer ambik hati ayah je yg nk sangat tngk aku msk U jgk mcm abg-abg aku. Aku time tu mmg dah tak de hati nk sekolah lagi . Sikit lah pun jahat ayah aku siap masukkan aku kat asrama. (But now thanks Ayah atas apa yg telah ayah lakukan akhirnyer anakmu berjaya jugak).
Masa form 6 aku masuk kelas ekonomi memang dah sah-sah lah aku kena ambik subjek ekonomi. Aku ni mmg dah lembab dalam bab2 kira-mengira entah mcm mane aku terpilih masuk kelas tu. Nak cakap matematik aku hebat time spm rasa nyer tak…hukhukhuk siap ambik paper Mat Julai boleh tahan jugaklah tahap kebodohan aku ni.
……………………………………………………………………..
Cerite nyer lebih kurang mcm ni r….
Masa subjek ekonomi sedang diajar oleh cikgu kesayangan aku …tiba2 cikgu tu berkata :
Cikgu : ok murid2 semua paham dok apa yg cikgu ajor sakni ?
6G : boleh r ckit cikgu2. ( aku mcm biasalah buat muka takde perasaan, dah aku dok berehi subjek tu aku wat bodoh je lah).
Cikgu: Ginilah kita main kuiz nok, cikgu nak tengok tahap kefahamang awak semua.
6G: ok..buleh je.
Cikgu : kali ni cikgu akan panggil ikut no giliran senarai nama yg ada kat tangan cikgu ni. Ok.. Cikgu pilih no 8. No 8 tu aku hentam je..giler maut aku klu ingt semua tu
Bangunlah si budak no 8 dengan penuh bergaya ke depan menjawab soalan yang tertulis di papan hitam. Tak sampai 5 minit soalan tu berjaya dijawab dengan jaya nyer.
No 8 : ok cikgu siap ork. Betul dok saya wat tu cikgu.
Cikgu: emmm..ok kelas mcm mane …betul ke dok jawapan kwn awk wat tu..
6G : rasa mcm betul…Betul….Betul..
Selang beberapa org kawan aku buat gaya cat walk kat depan tu. Tiba2 bagai guruh berdentum bila aku dengar cikgu tu sebut no 21. Alamak tu no aku apalah malang nasib aku, kali ni no aku naik . Habislah aku dahlah satu habuk yang cikgu ajar kat depan aku not understand. Gelap dunia ku rasakan.
Cikgu : Ok no 21. Sila jawab soalan di depan.
Dengan tahap keyakinan yang makin merendah aku gagahi jugak kaki tuk melangkah ke depan. Kawan aku yg kat sebelah tu dah bantai gelak kat aku siap guling-guling lagi siot punyer kawan. Berlagak mentang-mentanglah dia tak kena. Habis lah aku apa yang nak tulis kat depan nanti. Lama aku tenung soalan tu..
Cikgu : shuhada wat pe dok jawab agi.
No 21 : kejap cikgu cari ilham..hehehehehe.
Aku pun ambik lah kapur yang ada kat atas meja cikgu siap gongcang-gongcang lagi. Time aku nak menulis kat papan hitam tu satu tulisan pun tak tercatat kat situ. Kat belakang aku dah terdengar suara-suara halus berbisik “ kapur hbs dah dakwat doh ke cik kak “ diiringi dengan hilai tawa. Mula tak yah nak cakap r..Rasa mcm nak lari keluar je dari kelas.
Cikgu : lame nyer cari ihlam…doh sampai ke dok lg ilham tu…tadi cikgu tanya kate paham doh.
No 21 : Mari doh tapi kapur ni tak dok dakwat pulok cikgu. Saya nak tulis gane jawap nyer …[Sikit pun aku rasa tak bersalah time tu]
Cikgu : Mcm2 lah jawapan awk ni shuhada. Klu dok leh jawab koba je lah.
No 21 : Hehehehehehe. Ahkir nyer cikgu yg tlg jawab soalan tu tuk aku.
![]() |
| Inilah kawan yang bantai gelak guling-guling kat aku. |
![]() |
| 6AG dalam ingatan |
![]() |
| Rindu korang semua |
![]() |
| Korang semua mmg best |
Friday, 24 December 2010
Entah apa Entah
Salam..
Rajin pulak aku rasa nak update aku punyer blog. Klu boleh setiap jam aku nk masuk n3 baru banyak sangat benda yang nak di kongsi.Tapikan bila aku baca balik apa yang aku tulis mcm hampes hehehehe kelakar pun ada jugak. Kalau bab salah eja tu mmg banyak, bahasa tak yah nak cakap lah tonggang terbalik, cara aku bercerita mcm tak berapa nak masuk je. Patutlah aku tak dpt "A" bahasa melayu time SPM dulu...Hehehehehehe...
Maafkan aku erk klu sapa-sapa yg terbaca aku punyer blog and then aku x fhm dengan apa yg aku tulis aku mintak maaf berbanyak erk. Yelah aku kan ni bukan seorang penulis novel pn .Menulis kat n3 ni pun just tuk suka-suka je. Aku ni jenis yang tak suka sangat bercerita prihal hidup aku dengan org, klu ada apa-apa yg terjadi aku simpan je dalam hati.
Bila aku terbaca blog org lain baru aku terfikir, bagus jugak kalau aku ada blog sendiri boleh aku menulis apa yang suka hehehehehe...mcm buat sesi luahan perasaan ke, kutuk mengutuk org yg menyusahkan hidup aku ke dan yang sewaktu dengan nyer r...Lantak aku lah nak tulis apa pun kat dalam blog aku. Tu aku punyer suka r takde sape pun yg boleh marah or saman aku.....Klu tak suka dengan apa yang aku tulis tak yah baca.Di maklumkan juga disini tidak wujud unsur-unsur paksa erk. Klu korang rase apa yang tulis aku boleh bawa kebaikan dalam hidup korang ikut lah klu tak buang je jauh-jauh.
Aku sekarang tengah berusaha untuk belajar dengan lebih mendalam selok-belok cara berbloger dengan betul. Banyak benda yang aku x tahu, terciptanya blog ni pun dgn secara tak sengaja...entah betul ke tak cara aku ni. Bab2 plot penceritaan ini akan aku perbaiki dari masa ke semasa. Lepas ni aku kena baca novel bnyk2 tuk jadi seorang penulis yang terbaik...( Boleh cari duit lebih ni ).
p/s : Mood happy coz bos bercuti selama seminggu line clear tak de sapa nk kacau aku.. ari ni kat ofis satu habuk kerja pun aku tak buat...Best nyer klu ari-ari mcm ni.
Terkenang
salam...
Dipagi jumaat yg penuh dengan keceriaan ni, tetiba je aku teringat kat seseorang. Hati aku tersentuh seribu mcm rasa hadir...kadang tu rasa rindu yg teramat sangat kadang tu rasa benci pun ada. Rindu pada seseorang yg pernah hadir dlm hidup aku walaupun hanya untuk sementara. kadang tu aku terasa mcm dipersenda pun ada jugak.
Hina sangatkah aku ni, aku sedar siapa diri ni dan kekurangan yang ada pada aku.sedih sngt bila aku terkenangkan apa yang telah terjadi...klu lah masa boleh di undur kembali aku org yang paling gembira dlm dunia ni...Mahu saje aku hapus segala yang telah berlaku...
Tadilah masa tngh update fb aku terpandang wall budak tu dengan pantas aku terklik dia punyer profil. Dah lama sebenarnya aku tak buka dia profil entah knp ari ni gatal pulak aku tangan.Sakit hati aku tengok dia punyer status. Sekarang tngh berbahagia dengan kehidupan nyer. Hukhukhuk aku sedih sngt plus benci kat diri aku sendiri. knp lah sampai kesaat ini aku masih terkenang dia.
Walaupun masih tinggal saki baki rindu n sayang kat dia aku nekad tak nak berhubung dgn dia lagi...cukuplah dengan apa yg telah terjadi.Kenangan tu akan aku kenang sampai bila-bila. Disebabkab aku seorang budak yg baik, setiap kali selepas solat aku tidak pernah lupa untuk doakan kebahagian dia di dunia dan akhirat.Amin...Aku yakin kebahagian untuk aku pasti akan muncal. Aku juga yakin allah sentiasa bersama dengan aku dan mendengar segala rintihan dan harapan hambanya.
p/s Sungguh nyer telah tercatat tiga perkara untuk hambaNya sejak azali lagi iaitu Jodoh, rezeki dan maut.Yakinlah padaNya...Rehdo segala ketentuannya...Insyaallah kebahagian milik Mu...

![]() | |||||
| JodohMu | |
p/s Sungguh nyer telah tercatat tiga perkara untuk hambaNya sejak azali lagi iaitu Jodoh, rezeki dan maut.Yakinlah padaNya...Rehdo segala ketentuannya...Insyaallah kebahagian milik Mu...
Subscribe to:
Posts (Atom)